Kehidupan peribadi Adham_Baba

Adham berkahwin dengan Taibah Tabrani dan mempunyai 3 cahaya mata dan 2 anak angkat. Pada 23 April 2007, isteri Adham menderita asma dan pengsan di rumahnya selepas mengalami masalah pernafasan. Beliau kemudian dikejarkan ke hospital namun telah diumumkan meninggal dunia. Pada waktu itu, Adham berada di Auckland, New Zealand atas tugas rasmi.[3]